Minggu, 08 Januari 2012
SATELIT PUAKA ISRAEL . HATI2 .....
Satelit
buatan manusia pertama adalah Sputnik 1, diluncurkan oleh Soviet pada
tanggal 4 Oktober 1957, dan memulai Program Sputnik Rusia. Sputnik 1
membentuk mengidentifikasi kepadatan lapisan atas atmosfera dengan jalan
mengukur perubahan orbitnya dan memberikan data daripada penghantaran
isyarat radio pada lapisan ionosphere.
Namun
sejak beberapa dekad ini, banyak negara maju yang melancarkan satelit
canggih mereka. Apa yang paling menggusarkan, negara kecil seperti
Israel juga telah melancarkan satelit Ofeq 5, malah satelit itu banyak
diperkatakan oleh saintis sebagai yang tercanggih untuk abad ini.
Satelit
Ofeq-5 dibangunkan oleh Israel Aircraft Industries (AIA) dan
dilancarkan dengan menggunakan roket pelancar SHAVIT. Kemampuan sebenar
Ofeq-5 akan hanya dapat diketahui dalam masa beberapa minggu setelah
ujian semasa peredaran dilakukan.
Tidak
dapat dinafikan bahawa program satelit Israel mendapat perhatian khas
oleh Kementerian Pertahanan Israel dan dipelopori oleh Tentera Udara
mereka. Selaian dari sistem satelit pengintipan Ofeq, Israel juga
mempunyai sistem satelit AMOS. Jika Ofeq dikhaskan untuk tujuan
ketenteraan iaitu pengintipan, AMOS pula adalah untuk kegunaan
komersial, terutama untuk komunikasi.
AMOS
yang mempunyai sistem yang dikatakan lebih canggih dari Ofeq, tetapi
yang menarik perhatian ialah satelit Ofeq. Ofeq-1, iaitu siri satelit
yang pertama mula dilancarkan pada tahun 1988 mampu meninjau kawasan
seluas 1000 km x 1000 km. Selepas berjaya melancarkan Ofeq-1, Israel
terus melancarkan siri Ofeq-2 dan Ofeq-3 masing-masing pada tahun 1990
dan 1995. Bagaimanapun Ofeq-4 yang dilancarkan pada tahun 1998 gagal
beredar pada orbit yang ditetapkan.
Ofeq-5
yang sepatutnya dilancarkan pada tahun 1999 akhirnya berjaya
dilancarkan selepas beberapa kali tertunda. Negara Timur Tengah seperti
Iran, Iraq, Libya dan Syria amat perihatin dengan kemampuan satelit
Ofeq. Pada mesyuarat Liga Arab yang diadakan pada tahun 1998, ditubuhkan
satu jawatankuasa khas hanya untuk memantau kemajuan program sains
angkasa Israel, terutama sekali mengenai kemajuan satelit Ofeq.
Bagi
memahami kegusaran Liga Arab terhadap satelit Ofeq, perlu dikaji
mengenai peredaran orbit satelit tersebut. Orbit Ofeq dirancang
sedemikian rupa di mana paling tidak setiap empat jam satelit itu akan
beredar dan mengambil imej negara berdekatan Israel pada setiap hari.
Satelit pengintip Amerika Syarikat yang berada pada orbit yang berbeza,
hanya mampu mengulangi pengambilan imej paling banyak dua kali setiap 24
jam.
Orbit
Ofeq dirancang sedemikian rupa untuk mendapatkan pengembaraan negara
Timur tengah secara meluas. Sebagai contoh peredaran sebelah pagi mampu
mengambil imej Pakistan, Asia Tengah, Iran dan Iraq. Peredaran
seterusnya, menunjukkan Iraq dilalui sehingga enam kali dalam masa satu
hari. Ini menunjukkan setiap aktiviti di Iraq dan kebanyakan negara
Timur Tengah lain dengan mudah.
Tidak
diketahui sejauh mana efektifnya jawatankuasa yang ditubuhkab oleh Liga
Arab ini untuk mematau perkembangan satelit Israel. Tetapi
setidak-tidaknya pemantauan orbit terhadap satelit Ofeq-5 perlu
dilakukan untuk mengetahui dengan tepat pergerakkan satelit tersebut.
Jika
diketahui pergerakan satelit dengan tepat, dengan mudah negara Liga
Arab dapat mematahkan keberkesanan satelit Ofeq-5 kerana imej hanya
dapat diambil dalam masa beberapa minit sahaja pada satu ketika ketika
satelit melalui satu kawasan. Satelit itu juga memiliki kemampuan,
seperti mencetak foto satelit, serta kemampuan intelijen secara
elektronik.
Pada
kebiasaannya, jika timbul konflik yang akan menjerumus kepada
peperangan, tatacara peredaran satelit pengintipan menjadi penunjuk akan
berlakunya sesuatu yang mengejut.
Sebagai
contohnya, sebelum Amerika melakukan serangan keatas Iraq semasa Perang
Teluk, beberapa satelit pengintipan didapati ‘hilang’ dari orbit asal.
Besar kemungkinan satelit ini diubah peredaran orbit supaya lebih
menumpu ke atas Iraq dan sekitarnya.
Tidak
banyak diketahui mengenai kemampuan optik satelit Ofeq. Dianggarkan
bahawa Ofeq-3 yang dilancarkan pada tahun 1995 mampu membezakan objek
dibumi sebesar 1 meter. Dengan resolusi inej yang sedemikian, Israel
mampu memantau pergerakkan tentera negara jiran dengan mudah sekali.
Perbezaan diantara kenderaan tentera dan awam dengan mudah dapat
dibezakan.
Begitu
juga Israel dengan mudah dan tepat dapat membezakan jenis kereta
perisai atau jet pejuang yang berlainan jenis dengan hanya mengkaji imej
yang dibekalkan oleh satelit ofeq.
Jika
Ofeq-3 yang dilancarkan pada tahun 1995 mempunyai resolusi sehingga 1
meter, maka Ofeq-5 sudah tentu mempunyai resolusi yang lebih hebat dan
canggih. Walaupun pembangunan siri satelit Ofeq dikatakan tidak
mendapat perpindahan teknologi dari Amerika Syarikat, perkara ini amat
sukar dipercayai. Secara tradisinya, setiap kemajuan dalam bidang
teknologi ketenteraan Amerika, sudah pasti limpahan teknologi akan
sampai ke Israel.
Tidak
menjadi satu perkara yang mustahil jika teknologi satelit SBIRS yang
ditugaskan untuk mengesan peluru balastik digunakan untuk membangunkan
Ofeq-5. Begitu juga dengan kecanggihan teknologi satelit FORTE Amerika
yang dapat mengesan pembangunan nuklear sudah pasti digunakan dalam
Ofeq-5.
Jika
teknologi satelit Lacrosse digunakan untuk Ofeq-5, maka apa yang
diperkatakan oleh jurucakap tentera Israel mengenai kemampuan mengambil
imej berkualiti tinggi ada kebenarannya. Jurucakap tersebut mendabik
dada sambil menyatakan jika ‘pemimpin pihak musuh’ bersarapan di luar
istana, maka satelit Ofeq-5 mampu menentukan di meja mana Saddam berada.
Sememangnya
tidak dapat dinafikan bahawa jika Ofeq-5 menggunakan teknologi
Lacrosse, malah bentuk sarapan pun dapat ditentukan keranan resolusi
optik Lacrosse amat tinggi sekali. Tetapi besar kemungkinan Iraq telah
pun memantau pergerakkan Ofeq-5 dan dapat menentukan dengan mudah waktu
satelit ini melintasi Iraq. Walaupun Ofeq-5 akan melintasi Iraq beberapa
kali dalam sehari, tetapi imej pada satu tempat hanya dapat diambil
selama beberapa minit sahaja.
Dipercayai
juga bahawa pelancaran Ofeq-5 memberi makna yang besar terhadap isu
konflik India dan Pakistan. Diberitakan bahawa salah satu ciri baru
Ofeq-5 ialah satelit ini mampu mengesan aktiviti pembangunan nuklear.
Ini adalah kerana Israel begitu khuatir dengan kemampuan nuklear dan
peluru berpandu Iran.
Baru-baru
ini satu delegasi keselamatan Israel telah membuat lawatan rahsia ke
India. Perbincangan berkisar tentang kerjasama keselamatan dan perisikan
antara dua negara. Apakah Israel akan memberi bantuan dalam bentuk imej
Ofeq-5 kepada India tidak dapat dipastikan.
Bagaimanapun,
memandangkan musuh Israel dan India adalah serupa, maka tawaran Ofeq-5
sememangnya sukar untuk dinafikan. Ditambah lagi bahawa Israel dan India
mempunyai kerjasama yang rapat untuk memantau pembinaan nuklear dan
peluru balastik musuh mereka melalui satelit India yang dinamakan
Ind-Sat 2.
Jika
Ofeq-5 mampu beroperasi seperti yang diharapkan oleh Israel, besar
kemungkinan beberapa siri satelit Ofeq-5 akan dilancarkan menjadikan
tiga atau empat satelit beredar pada satu masa yang sama. Jika ini
berlaku maka pemantauan secara berterusan dapat dilakukan oleh Israel
terhadap Pakistan, Afghanistan dan semua negara Timur Tengah.
Jika
pemantauan satelit secara berterusan dapat dilakukan oleh Israel, maka
setiap aktiviti ketenteraan tidak kira di Pakistan, Iran, Iraq,
Semenanjung Gaza ataupun Tebing Barat akan dapat diketahui oleh Israel
dengan begitu mudah sekali.
Negara Israel kecil, rakyat kecil tetapi berjiwa besar?
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

0 komentar:
Posting Komentar